Ok-Google.io – Memudahkan Anda Mengetahui Semua Arahan Untuk Google Now

Ok-Google.io – Memudahkan Anda Mengetahui Semua Arahan Untuk Google Now

Diterbitkan pada July 1, 2016 oleh .

Google Now merupakan salah satu fungsi yang hadir terbina pada sistem operasi Android, memudahkan pengguna membuat beberapa carian menggunakan arahan suara. Kebanyakkan peranti Android masa kini membolehkan ia dapat diaktifkan dengan hanya menyebut Ok Google.

Ok-Google

Namun, salah satu masalah yang mungkin dialami ramai pengguna adalah tidak mengetahui pelbagai arahan suara yang disokong melalui Google Now atau OK Google ini.

Untuk memudahkannya, kini salah seorang pembangun bebas hadir dengan sebuah laman berbentuk direktori yang menyusun pelbagai arahan suara yang disokong pada Ok Google. Buat masa ini, lebih daripada 150 arahan suara telah tersenarai dalam pelbagai kategori berbeza dan boleh digunakan pada Ok Google.

Bagi anda yang sering menggunakan Google Now atau Ok Google, mungkin anda boleh semak direktori Ok-Google.io ini dan menggunakannya dengan lebih efektif bersama-sama telefon pintar Android anda.

Layari: Ok-Google.io


TIPS & ULASAN