Microsoft Diura-Ura Akan Hadir Dengan Komputer Semua-Dalam-Satu Dibawah Keluarga Surface

Microsoft Diura-Ura Akan Hadir Dengan Komputer Semua-Dalam-Satu Dibawah Keluarga Surface

Diterbitkan pada July 3, 2016 oleh .

Keluarga komputer Surface merupakan salah satu keluarga peranti berasaskan Windows yang hadir terus daripada Microsoft. Pada tahun lepas, Microsoft turut memperluaskan penawaran keluarga Surface mereka dengan memperkenalkan Surface Book.

Surface-Desktop-3

Kini, beberapa desas-desus hadir mengatakan Microsoft turut akan hadir dengan komputer semua-dalam-satu atau turut dikenali ramai sebagai desktop AIO dibawah keluarga Surface.

Info penuh mengenainya masih tidak diketahui lagi. Namun, dengan penggunaan jenama Surface, kita mungkin akan dapat melihat rekaan yang premium (seperti konsep sebelum ini?) dan pada masa yang sama membawakan spesifikasi yang tinggi melaluinya.

Microsoft dijangka akan memperkenalkannya sekitar tahun 2017 kelak – atau mungkin juga akan hadir lebih awal. Sekiranya ia dipasarkan kelak, kita mungkin akan melihat Surface AIO ini bersaing dengan pelbagai komputer AIO dipasaran, termasuk iMac daripada Apple.


TIPS & ULASAN