Cari @ Amanz

Pedofilia merupakan salah satu kes yang harus diambil-berat, terutamanya pada masa kini dengan kemudahan yang membolehkan penyalah-laku mencari mangsa mereka.

Berkongsi mengenai medium yang sering digunakan oleh penyalah-laku pedofilia ini, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengatakan aplikasi WeChat merupakan salah satu aplikasi yang paling kerap digunakan oleh pedofilia dalam mencari mangsa mereka pada 2015 – jikalau dibandingkan dengan pelbagai aplikasi yang lain.

WeChat Android

Sepanjang tahun 2015, daripada 184 kes kanak-kanak mengenali pedofilia di Malaysia, sebanyak 138 kes hadirnya disebabkan oleh aplikasi WeChat. Ini diikuti oleh Facebook dengan 35 kes dan WhatsApp dengan enam kes.

Penggunaan WeChat menjadikan ia sebagai salah satu platform mudah untuk mereka adalah disebabkan oleh salah satu fungsi pada perkhidmatan berkenaan yang membolehkan pengguna mengetahui pengguna lain berdekatan mereka.

Disebabkan oleh perkara ini, ibu bapa dinasihatkan untuk memantau pelbagai aktiviti anak-anak mereka ketika melayari internet – dan tidak mudah memberikan sebarang maklumat dan sebagainya kepada mereka yang tidak dikenali melalui media sosial.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd