Cari @ Amanz

Asus sebelum ini telah menawarkan kemaskini Android 6.0 Marshmallow untuk pengguna Asus Zenfone Max dan juga Laser. Kini, mereka turut telah mula memperkenalkan kemaskini sama untuk pengguna peranti Asus Zenfone Zoom dan juga Zenfone Selfie.

Asus Zenfone Selfie

Melalui kemaskini baru ini, ia membuang sejumlah aplikasi bloatware yang terdapat sebelum ini, termasuk seperti Asus Email, Asus Calendar, Asus Messaging – dan menggantikan ia dengan aplikasi Google yang biasa hadir terbina bersama peranti Android. Asus juga turut membuang beberapa aplikasi lain dalam memastikan peranti pengguna menjadi lebih lancar dan mengurangkan bilangan bloatware.

Bagi anda yang menggunakan telefon pintar Asus Zenfone Zoom ataupun Zenfone Selfie, anda boleh menyemak peranti anda untuk kemaskini OTA – ataupun turut memilih untuk memuat-turunnya secara manual daripada laman rasmi Asus untuk Zenfone Zoom atau Zenfone Selfie.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd