Linux Mint 18 “Sarah” Sedia Untuk Di Muat-Turun

Linux Mint 18 “Sarah” Sedia Untuk Di Muat-Turun

Diterbitkan pada July 4, 2016 oleh .

Dalam pelbagai distro berbeza untuk sistem operasi berasaskan Linux, salah satu yang popular adalah Linux Mint. Terkini, pembangun sistem operasi berkenaan telah pun mengeluarkan versi terkini sistem operasi mereka, iaitu Linux Mint 18 yang dikenali dengan nama kod Sarah.

Linux Mint 18

Linux Mint 18 hadir dengan sokongan untuk jangka masa panjang – dimana ia bakal disokong sehingga tahun 2021 kelak.

Linux Mint 18 hadir dengan antaramuka Cinnamon 3.0 yang menyertakan beberapa perkara baru, termasuk kebolehan snap tetingkap pada desktop, disamping memaparkan pelbagai tetingkap dengan mudah melalui fungsi multi-tasking. Linux Mint 18 turut menyertakan tema baru yang dinamakan sebagai Mint-y dan dilengkapi dengan pelbagai ikon yang lebih moden dan minimalis.

Bagi anda yang inginkan alternatif untuk sistem operasi Windows 10, mungkin anda boleh semak dan mencuba sistem operasi Linux Mint ini yang ditawarkan secara percuma kepada semua.

Muat-Turun Linux Mint 18 Sarah


TIPS & ULASAN