Rekaan Honor V8 Max Tertiris – Phablet 6.8″ Dengan Skrin QHD

Rekaan Honor V8 Max Tertiris – Phablet 6.8″ Dengan Skrin QHD

Diterbitkan pada July 4, 2016 oleh .

Honor V8 akan dilancarkan di China Mei lalu. Peranti ini mempunyai sistem kamera berkembar seperti yang turut dilihat pada Huawei P9. Keunikan lain Honor V8 ialah ia merupakan peranti pertama Huawei dengan skrin QHD. Sebelum ini mereka berkeras tidak mahu menggunakan skrin QHD atas alasan ketahanan bateri. Skrin QHD besar kemungkinan digunakan bagi memastikan ia sesuai digunakan dengan platform realiti maya Daydream Google kelak.

Honor-V8-Max-TenaaHari ini rekaan Honor V8 Max pula tertiris. Abang besar kepada V8 ini mengekalkan rekaan tubuh logam tetapi tidak mempunyai sistem kamera berkembar. Skrin 6.6″ QHD dipadankan dengan pemproses Kirin 950, RAM sebesar 3 Gigabyte dan muatan dalaman 32 Gigabyte. Dari segi bateri pula ia dilengkapi bateri gergasi sebesar 4400 mAh. Kemampuan optik ialah kamera utama 13 Megapixel dan kamera selfie 8 Megapixel. Akhir sekali pengimbas cap jari berbentuk bulat disertakan pada panel belakang.


TIPS & ULASAN