Lumia 950 Dan 950 XL Kini Menyokong Fungsi Dwi-Tap Untuk Menghidupkan Skrin

Lumia 950 Dan 950 XL Kini Menyokong Fungsi Dwi-Tap Untuk Menghidupkan Skrin

Diterbitkan pada July 4, 2016 oleh .

Fungsi dwi-tap untuk menghidupkan skrin ialah fungsi kegemaran kami pada peranti Android. Tiada lagi keperluan menekan butang kuasa untuk menyahkunci peranti. Ianya disokong majoriti peranti Android dan kini ia akhirnya hadir pada platform Windows 10 Mobile semula. Peranti Lumia 950 dan 950XL adalah dua peranti yang kini menyokongnya kembali selepas hilang sebelum ini.

dwi-tap-windows-10-mobile

Microsoft telahpun menjanjikan kemunculan fungsi ini sejak Mei yang lalu. Pemilik perlu melakukan kemas kini secara OTA untuk mengaktifkan dwi-tap. Ia kemudian hanya perlu diaktifkan menerusi skrin tetapan Touch peranti. Kemas kini diberikan secara berperingkat dan seperti biasa pengguna di Malaysia harus bersabar menantikan kemunculannya.


TIPS & ULASAN