Pankreas Buatan Manusia Dihasilkan – Memudahkan Kehidupan Pesakit Kencing Manis Seawal 2018

Pankreas Buatan Manusia Dihasilkan – Memudahkan Kehidupan Pesakit Kencing Manis Seawal 2018

Diterbitkan pada July 4, 2016 oleh .

Pesakit diabetes memerlukan suntikan insulin bagi mengawal paras gula di dalam tubuh. Ini memerlukan mereka memeriksa paras gula setiap hari dengan mencucuk hujung jari dan mengukur kandungan gula di dalam darah. Insulin perlu disuntik secara manual bagi memastikan mereka dapat hidup secara normal. Pankreas bionik buatan manusia kini sedang diuji oleh Dr Roman Hovorka dan Dr Hood Thabit dari Universiti Cambridge. Sekiranya berjaya ia mungkin digunakan secara meluas menjelang 2018.

Pankrea Bionik Buatan Manusia 1Pankreas bionik buatan manusia ini dibangunkan oleh Universiti Boston. Sebuah jarum dimasukkan ke dalam tubuh sepanjang masa dan memantau kandungan gula di dalam darah. Apabila mengesan peningkatan, ia secara automatik menyuntik dosej insulin yang diperlukan. Ini memudahkan kehidupan pesakit dan mengelakkan masalah mereka terlupa apabila usia sudah semakin lanjut.

Ujian klinikal selama dua tahun menunjukkan reaksi yang baik dari pesakit. Mereka melaporkan kehidupan yang terasa lebih normal kerana tidak lagi perlu melakukan ujian dan suntikan secara manual. Turut dilaporkan mereka terasa hampir mempunyai kehidupan seperti normal sebelum menghidap penyakit. Kelemahan sistem masih wujud di mana kesan suntikan insulin hanya akan dirasai selepas 30-120 minit selepas diberikan oleh pankreas bionik.

Jelas sekali pankreas buatan masih belum setanding pankreas semula jadi ciptaan tuhan. Oleh itu kepada yang masih muda dan tiada masalah kencing manis, kurangkan kandungan gula dalam kehidupan seharian sekarang.


TIPS & ULASAN