Microsoft telah memperkenalkan Windows 10 pada tahun lepas, dan ketika pengenalannya, Microsoft telah mengatakan yang mana Windows 10 akan ditawarkan secara percuma untuk para pengguna Windows 7 dan juga Windows 8.1. Namun, penaik-tarafan percuma ini hendaklah dilakukan dalam tempoh setahun – iaitu sebelum 29 Julai 2016 ini, ataupun pengguna perlu membayar untuk proses naik-taraf berkenaan.
Selepas naik-taraf ke Windows 10, pengguna akan dapat terus menikmati pelbagai kemaskini sistem operasi secara percuma selepas itu.
Windows 10 menawarkan sejumlah fungsi baru, termasuk antaranya adalah sokongan menu Start yang lebih baik, kebolehan menjalankan aplikasi Windows dalam tetingkap di desktop, sokongan desktop maya, dan sejumlah fungsi baru yang lain.
Bagi anda yang masih kekal menggunakan Windows 7 atau Windows 8.1, mungkin anda boleh menaik-taraf sistem operasi anda sebelum Microsoft mengenakan bayaran untuknya selepas penghujung bulan ini.