Xiaomi Hadir Dengan Teaser Untuk Produk Baru – Xiaomi Mi Note 2?

Xiaomi Hadir Dengan Teaser Untuk Produk Baru – Xiaomi Mi Note 2?

Diterbitkan pada July 4, 2016 oleh .

Xiaomi sememangnya agak aktif dalam pengenalan produk pada tahun ini, dimana selain daripada telefon pintar, mereka juga kini mempunyai pelbagai peranti berhubung – termasuk basikal pintar. Terkini, pada minggu ini, mereka telah hadir dengan sebuah lagi teaser produk baru melalui laman Weibo mereka.

Xiaomi Teaser 2

Tiada sebarang tarikh atau petanda diberikan melalui gambar teaser baru ini, selain hanya menulis 2>5.

Ramai pihak menjangka pihak Xiaomi akan memperkenalkan Xiaomi Mi Note 2 – iaitu telefon pintar bersaiz besar daripada Xiaomi. Namun, ia tidak lagi diketahui bagaimanakah mereka akan memposisikannya dalam pasaran memandangkan mereka kini turut mempunyai Xiaomi Mi Max untuk kategori phablet.

Xiaomi Mi Note 2 dijangka hadir dengan sokongan pengimbas cap jari, dan mungkin hadir dalam pilihan model yang menyertakan memori sehingga 6GB RAM.

Dengan teaser pertama ini yang telah hadir ke arena web, mungkin kita akan melihat lebih banyak teaser lain hadir sebelum pengumuman rasmi produk berkenaan – sekaligus mengesahkan sama ada ia Xiaomi Mi Note 2 ataupun sebuah lagi produk Xiaomi yang lain.


TIPS & ULASAN