Saints Row: Gat out of Hell Antara Permainan Percuma PlayStation Plus Untuk Bulan Julai

Saints Row: Gat out of Hell Antara Permainan Percuma PlayStation Plus Untuk Bulan Julai

Diterbitkan pada July 5, 2016 oleh .

Pejam celik kita sudah tiba di bulan Julai. Lebih dari separuh tahun 2016 telah meninggalkan kita seperti air Sungai Segget yang sejernih kristal tidak mengenal erti berhenti. Seperti biasa bulan baru membawakan senarai permainan percuma bagi pelanggan PlayStation Plus. Bulan ini permainan yang ditawarkan adalah agak menarik dengan Saints Row: Gat out of Hell pada PlayStation 4.

PlayStation-Plus-July-206Permainan dunia terbuka ini mempunyai markah ulasan purata 3.5 daripada 5 bintang. Anda boleh menghabiskan berpuluh jam untuk menhabiskan permainan ini. Selain daripada itu Call of Juarez : Bound In Blood dan Fat Princess pula ditawarkan untuk PlayStation 3. Di bawah ialah senarai lengkap enam permainan percuma yang boleh anda miliki bulan ini. Muat turun boleh dilakukan dari 7 Julai sehingga 3 Ogos ini.

  1. Saints Row: Gat out of Hell (PS4)
  2. Furi (PS4)
  3. Call of Juarez : Bound In Blood (PS3)
  4. Fat Princess  (PS3)
  5. God of War Chains of Olympus (PSVita)
  6. Oreshika : Tainted Bloodlines (PSVita)

 


TIPS & ULASAN