Cari @ Amanz

Line Mengaktifkan Sokongan Penyulitan Untuk Semua Pengguna

Link Copied!

Privasi ketika menggunakan aplikasi pemesejan adalah penting terutamanya di dalam dunia yang dipenuhi insan yang mahu mencuri identiti anda. Sejak kebelakangan ini pelbagai aplikasi pemesejan mula menyokong sistem penyulitan untuk menyukarkan mesej dipintas oleh pihak yang tidak dikehendaki. Line mengumumkan mereka kini turut menyokong sistem penyulitan untuk semua pengguna.

LINE OutSebelum ini pengguna Line perlu menggunakan fungsi Hidden Chat bagi menjaga privasi. Dengan pengaktifan penyulitan secara menyeluruh kepada semua, fungsi Hidden Chat kini tidak lagi akan disokong. Bagi mengaktifkan sistem terbaru ini pengguna harus mengemaskini aplikasi mereka menerusi Google Play dan Apple App Store.


Komen ()