Penggodam Gambar iCloud Peribadi Selebriti Hollywood Mengaku Bersalah

Penggodam Gambar iCloud Peribadi Selebriti Hollywood Mengaku Bersalah

Diterbitkan pada July 5, 2016 oleh .

Dua tahun yang lalu ratusan gambar serta video milik selebriti popular barat tertiris ke arena web. Kerentanan iCloud pada awalnya dipersalahkan tetapi akhirnya pihak FBI menemui bukti ia dilakukan oleh dua orang penggodam. Penggunaan kata laluan yang lemah oleh mangsa dieksploitasikan oleh Edward Majerczyk dan Ryan Collins untuk mencuri gambar peribadi mempamerkan aurat melampau selebriti seperti Jennifer Lawrence, Mary Elizabeth Winstead dan Kristen Dunst.

Icloud-godamEdward Majerczyk mengaku bersalah di dalam mahkamah Los Angeles semalam kerana menggodam akaun-akaun selebriti di atas. Beliau boleh dijatuhkan hukuman penjara lima tahun kerana melanggar Akta Penipuan dan Penyalahgunaan Komputer. Ryan Collins mengaku bersalah Mac lalu dan hanya dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan atas kesalahan yang sama.

Walaubagaimanapun kedua-dua penggodam ini tidak didapati bersalah menyebarkan gambar-gambar yang dicuri ke arena web. Suspek masih belum dapat dikesan kerana ia pertama kali ditiriskan menerusi laman 4Chan yang dipenuhi pengguna yang menyorok di belakang akuan anonymous.

 


TIPS & ULASAN