Kemas Kini OnePlus 3 Memperbaiki Masalah RAM Dan Memberikan Sokongan sRGB Pada Skrin

Kemas Kini OnePlus 3 Memperbaiki Masalah RAM Dan Memberikan Sokongan sRGB Pada Skrin

Diterbitkan pada July 5, 2016 oleh .

OnePlus 3 sudah terjual di beberapa pasaran terpilih sejak bulan lalu. Di Malaysia ia dibawa masuk secara tidak rasmi oleh beberapa pengimport. Antara masalah awal yang dilaporkan oleh pembeli awal peranti ini ialah sistem pengurusan RAM yang kurang baik serta warna skrin peranti yang dikatakan terlalu terang, OnePlus mendengar rungutan pengguna dan kemas kini ke Oxygen OS 3.2 semalam.

OnePlus 3Menerusi kemas kini sebesar 400 Megabyte ini lebih banyak aplikasi dapat dilancarkan tanpa ia ditutup secara agresif oleh perisian yang mengawal RAM. Sistem paparan warna sRGB juga boleh dipilih menerusi tetapan developer option bagi mereka yang mahukan tona warna lebih semula jadi pada skrin peranti. Selain daripada itu penambahbaikan sistem GPS, ikon, galeri dan notifikasi turut diberikan. Kemas kini boleh dilakukan secara OTA oleh pemilik OnePlus 3 sekarang.


TIPS & ULASAN