Cari @ Amanz

Pengguna berdaftar Instagram meningkat dari hari ke hari, dan kini mempunyai lebih daripada 5 juta pengguna. Namun, salah satu perkara yang membimbangkan adalah purata perkongsian gambar oleh pengguna Instagram dilihat semakin berkurangan antara tahun 2013 hingga 2015 lepas.

Untuk mengatasi perkara ini, Instagram sendiri dilihat ingin memperkenalkan beberapa fungsi baru pada perkhidmatan mereka.

Instagram

Ia diperkatakan, sebelum ini Instagram pernah mempertimbangkan untuk memperkenalkan beberapa fungsi baru, termasuk antaranya sokongan penyiaran langsung video dan juga video 360-darjah.

Disamping itu, dalam mengalakkan lebih ramai pengguna berkongsi gambar, mereka juga pernah mempertimbangkan untuk memperkenalkan fungsi perkongsian semula sesuatu gambar. Untuk makluman, beberapa aplikasi pihak ketiga telah sedia menyokongnya, dan ia antara fungsi yang kerap diguna pakai pengguna.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada Instagram akan memperkenalkan fungsi-fungsi baru ini ataupun sebaliknya. Namun, apa yang boleh dikatakan adalah Instagram sedang melihat kepada beberapa perkara dalam menaikkan kembali kadar perkongsian gambar dan video pada platform mereka oleh para pengguna berdaftar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd