Google Chrome Bakal Menyertakan Sokongan Cast Secara Terbina

Google Chrome Bakal Menyertakan Sokongan Cast Secara Terbina

Diterbitkan pada July 5, 2016 oleh .

Chrome CastGoogle sebelum ini telah memperkenalkan pemalam khusus untuk Google Cast, membolehkan pengguna menghantar atau membuka sebarang laman web pada paparan lebih besar di kaca televisyen dan sebagainya. Kini, bergerak kehadapan, Google dilihat bakal mengintegrasikan sokongan Cast secara terbina bermula daripada Chrome 51.

Melalui Chrome 51, kini ia menyertakan menu Cast pada bahagian menu. Pengguna juga dengan mudah boleh Cast dengan hanya klik-kanan pada sebarang laman web dan memilih Cast.

Bagi pengguna Google Chrome, anda akan menerima kemaskini ini secara automatik dalam beberapa minggu lagi. Sementara itu, anda masih boleh kekal menggunakan pemalam Google Cast seperti biasa buat masa ini.


TIPS & ULASAN