Google Menyediakan Doodle Khas Bertemakan Balik Kampung Sempena Aidilfitri

Google Menyediakan Doodle Khas Bertemakan Balik Kampung Sempena Aidilfitri

Diterbitkan pada July 6, 2016 oleh .

Bersempena dengan musim perayaan ini, ramai pengguna di kota yang balik ke kampung untuk bertemu dengan sanak-saudara dan keluarga – sekaligus mengeratkan talian silaturahim bersama mereka. Google yang sering menyediakan doodle khas untuk pelbagai perayaan, kini turut menyediakan sebuah doodle khusus bertemakan “balik kampung”.

Google Balik Kampung

Doodle ini diperlihatkan di Malaysia dan juga Indonesia, dimana anda mungkin telah melihatnya melalui laman carian Google, ataupun melalui halaman Google Now pada peranti Android anda.

Disamping hanya menyediakan doodle, Google melalui Waze turut telah menyediakan data untuk pengguna membuat perancangan perjalanan supaya tidak tersangkut dalam kesesakkan jalan raya yang mungkin sangat memenatkan pengguna.


TIPS & ULASAN