Cari @ Amanz

Microsoft mempunyai beberapa penawaran menarik melalui Skype, dan terkini mereka telah memperkenalkan perkhidmatan terbaru mereka yang menyasarkan pengguna dari industri kecil dan sederhana (SME), dinamakan sebagai Skype Meetings.

Skype Meetings beroperasi terus melalui pelayar web, sekaligus membolehkan pengguna mengaksesnya melalui sebarang peranti – asalkan mempunyai pelayar web, speaker, mikrofon dan juga kamera.

Skype Meetings

Skype Meetings turut hadir dengan fungsi seperti Skype untuk perusahaan, dimana pengguna boleh berkongsi skrin atau kandungan dokumen – sebagai contoh dari Power Point, dan pada masa yang sama berbincang dengan ahli kumpulan atau rakan sekerja yang lain.

Pentadbir yang memulakan Skype Meetings akan diberikan dengan sebuah pautan khas yang boleh dikongsikan kepada rakan sekerja lain yang ingin turut menyertai panggilan video berkenaan.

Buat masa ini, Skype Meetings ditawarkan di Amerika Syarikat sahaja. Ia ditawarkan secara percuma. Microsoft memberikan kemudahan untuk membuat panggilan sehingga 10 orang untuk tempoh 60 hari pertama, dan kemudian dikurangkan kepada 3 orang selepasnya.

Berkemungkinan Microsoft menyasarkan ramai perusahaan akan mencubanya dan akan melanggan pakej Office 365 selepas mencuba dan mengalami apa yang ditawarkan melalui Skype Meetings ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd