Ini Adalah Bagaimana Telefon Pintar Nexus 2016 Akan Kelihatan

Ini Adalah Bagaimana Telefon Pintar Nexus 2016 Akan Kelihatan

Diterbitkan pada July 6, 2016 oleh .

Tidak lama sebelum ini, kita telah mendengar spesifikasi awal untuk peranti Nexus 2016 tertiris ke arena web. Kini, seperti dinantikan ramai, imej awal untuk telefon pintar Nexus 2016 telah pun diperlihatkan di arena web berdasarkan kepada sumber-sumber terdekat Android Police.

Telefon pintar Nexus 2016 ini akan hadir dalam dua saiz berbeza, dan dibangunkan oleh HTC. Namun, ia dikatakan berkemungkinan besar logo HTC tidak akan disertakan. Berkemungkinan juga pihak Google akan menyertakan logo huruf “G” pada belakang telefon pintar berkenaan.

HTC Nexus 2016

Nexus 2016 ini diperkatakan akan menggunakan binaan berasaskan aluminium, dan menawarkan rekaan sedikit melengkung dibelakang. Pengimbas cap jari diposisikan pada bahagian belakang, dan bahagian kamera tidak tertimbul seperti Nexus sebelumya.

Kedua-dua telefon Nexus 2016 dijangka menawarkan rekaan yang lebih kurang sama, dan hanya membawakan perbezaan yang sangat ketara dari segi saiz peranti.

Walaupun imej yang diperlihatkan ini adalah dijangka imej akhir untuk rekaan Nexus 2016 kelak, namun, tidak mustahil untuk kita melihat perubahan dilakukan sebelum ia diperkenalkan secara rasminya.


TIPS & ULASAN