Cari @ Amanz

Beberapa kelab bola sepak terkemuka telah menandatangani pemain e-sukan sebagai wakil kelab mereka, dan paling terkini, Manchester City turut menandatangani pemain e-sukan pertama mereka untuk permainan EA SPORTS FIFA.

Pemain pertama yang ditanda-tangani adalah Brown, yang mana akan mewakili dan membawa nama kelab berkenaan dalam pelbagai pertandingan e-sukan selepas ini.

Untuk pihak Manchester City, ini adalah evolusi yang telah dijangka. Pelbagai pihak memfokuskan kepada arena e-sukan sejak setahun dua ini, dan beberapa kelab turut telah menandatangani wakil dan pemain e-sukan mereka untuk membawa nama mereka ke arena digital.

Mungkin dengan perkembangan ini, kita akan terus dapat melihat pelbagai kelab lain menandatangani pemain mereka tersendiri dalam bulan-bulan akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd