Cari @ Amanz

HTC bakal memperkenalkan telefon pintar HTC 10 secara rasminya pada minggu hadapan. Namun, sekiranya anda hanya inginkan sebuah peranti pada harga lebih rendah tetapi dengan beberapa ciri-ciri daripada HTC, kini anda sudah boleh dapatkan HTC Desire 830 Dual di pasaran Malaysia.

HTC Desire 830 Dual

HTC Desire 830 Dual hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci, cip lapan teras 1.5Ghz, memori 3GB RAM dan ruangan storan 32GB yang boleh diperluaskan melalui penggunaan kad mikro-SD.

Untuk rakaman gambar, ia menyertakan kamera belakang 13-megapixel dengan sokongan penstabilan imej optikal, dan kamera hadapan 4-Ultrapixel.

Menariknya pada peranti ini adalah ia turut hadir dengan sokongan antaramuka HTC Sense, selain turut menawarkan sokongan BoomSound yang menawarkan sokongan audio yang lebih baik ketika anda menikmati media.

HTC Desire 830 Dual ini akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM1099 melalui pelbagai pengedar rasmi HTC diseluruh negara.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd