Cari @ Amanz

Telekom Malaysia baru-baru ini telah membuka pendaftaran untuk Webe yang menawarkan penggunaan data tanpa had melaluinya. Selain daripada Webe, Telekom Malaysia juga turut mempunyai satu lagi perkhidmatan tanpa wayar mereka tersendiri yang dilihat kurang dipromosikan berbanding yang lain, iaitu TMgo.

TMgo Raya

Terkini, bersempena dengan musim perayaan, TMgo hadir dengan promosi mereka tersendiri, menawarkan data berganda kepada pelanggan mereka.

Untuk tempoh promosi sehingga 31 Julai 2016 kelak, Telekom Malaysia akan menawarkan data berganda apabila pengguna menambah-nilai sebanyak RM50 dalam satu transaksi.

Ini menjadikan jumlah data yang diterima pelanggan apabila menambah-nilai RM50 adalah sebanyak 12.67GB berbanding hanya sekitar 7GB sebelum ini.

Bagi anda yang menggunakan perkhidmatan TMgo, mungkin anda boleh mengambil peluang ini dan menerima data lebih untuk dikongsikan bersama lain sempena musim perayaan ini.

TMgo Raya

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd