Carian
Avast Mengambil-Alih AVG Pada Nilai Mencapai RM5.24 Bilion
July 7, 2016 Aman

Avast Software dan AVG Technologies merupakan antara nama yang tidak asing dalam arena sekuriti dan perisian antivirus. Hari ini, Avast telah mengumumkan mereka akan mengambil-alih AVG pada nilai mencapai $1.3 bilion (~RM5.24 bilion).

AVG

Dengan pengambil-alihan ini, Avast ingin memperluaskan pegangan pasaran mereka dari segi geografi, disamping turut mendapatkan kelebihan dari segi teknologi – terutamanya dalam arena baru seperti IoT. Avast juga dijangka akan dapat menyediakan penawaran sekuriti yang lebih baik melalui pengambil-alihan ini.

Pengambil-alihan ini turut menjadikan Avast kini mempunyai lebih daripada 400 juta peranti, dan 160 juta daripadanya adalah melalui peranti mudah-alih.

Komen