Kemaskini Android 6.0 Marshmallow Diumumkan Untuk Pengguna Honor 5X

Kemaskini Android 6.0 Marshmallow Diumumkan Untuk Pengguna Honor 5X

Diterbitkan pada July 8, 2016 oleh .

Honor 5X merupakan salah satu telefon pintar berspesifikasi pertengahan yang hadir daripada pihak Honor. Ia telah dijual sejak bulan April 2016 lepas di Malaysia. Ketika ia mula dijual, Honor 5X hadir dengan Android 5.1 Lollipop. Hari ini, Honor telah pun mula menawarkan kemaskini Android 6.0 Marshmallow kepada pengguna Honor 5X.

Honor 5X Top

Kemaskini Android 6.0 Marshmallow ini hadir dengan antaramuka EMUI 4.0 yang menyertakan sejumlah fungsi baru. Seperti peranti Marshmallow lain, ia turut menyertakan fungsi Google Now On Tap untuk mengakses Google Now dari mana-mana aplikasi, fungsi Doze yang menawarkan masa penggunaan bateri yang lebih lama – serta beberapa fungsi baru seperti kawalan gesture baru, fungsi penggunaan sebelah tangan, dan lebih kawalan pada bar navigasi.

Bagi anda yang menggunakan telefon pintar Honor 5X, anda boleh ke laman Settings > Update, dan menyemak sama ada peranti anda telah mula menerima kemaskini terbaru ini ataupun sebaliknya.


TIPS & ULASAN