Facebook Menguji Paparan Teks Bersaiz Besar Untuk Perkongsian Status Yang Pendek

Facebook Menguji Paparan Teks Bersaiz Besar Untuk Perkongsian Status Yang Pendek

Diterbitkan pada July 8, 2016 oleh .

Facebook sering melakukan pelbagai ujian pada perkhidmatan mereka, dan kini laman sosial terkemuka berkenaan bereksperimen dengan paparan teks pada saiz lebih besar daripada biasa untuk sebarang perkongsian status dalam bentuk teks yang pendek.

Facebook dilihat memaparkan teks dengan saiz yang lebih besar daripada kebiasaan untuk sebarang perkongsian status dengan bilangan aksaranya yang kurang daripada 35. Perubahan saiz paparan teks ini hanya pada peranti mudah-alih sahaja, sementara ia masih seperti biasa pada paparan desktop.

Facebook Teks Besar

Daripada pengamatan kami, ada yang menyukai perubahan ini kerana memudahkan mereka membacanya, dan ada juga sebaliknya. Ini adalah kerana paparan teks pada saiz besar memberikan pengalaman seumpama membaca teks dalam keadaan menjerit berbanding pada saiz biasa.

Bagi anda, adakah anda menyukai perubahan ini, ataupun lebih suka paparan saiz teks yang selari untuk semua teks?


TIPS & ULASAN