Kim Dotcom Sedang Membangunkan Perkhidmatan Storan Awan Baru Yang Dilengkapi Sokongan Penyulitan

Kim Dotcom Sedang Membangunkan Perkhidmatan Storan Awan Baru Yang Dilengkapi Sokongan Penyulitan

Diterbitkan pada July 8, 2016 oleh .

Kim Dotcom merupakan salah satu nama yang tidak asing dalam arena perkhidmatan storan awan. Beberapa tahun dahulu, beliau popular dengan perkhidmatan storan yang dinamakan Megaupload – dan kemudiannya perkhidmatan berkenaan dihentikan dan Kim Dotcom ditahan oleh pihak polis atas kesalahan berkaitan hak cipta.

Tidak lama selepasnya, Kim Dotcom hadir dengan Mega pada tahun 2013 yang lepas, dan ia kini diuruskan oleh salah satu firma dari China sejak daripada tahun lepas.

Mega

Kini, Kim Dotcom yang sinonim dengan perkhidmatan storan awan nampaknya sedang membangunkan satu lagi perkhidmatan baru dan bakal melancarkannya pada awal tahun 2017 kelak.

Melalui tweet yang dikongsi Kim Dotcom, perkhidmatan baru tersebut kelak akan hadir dengan ruangan storan bersaiz 100GB secara percuma, selain menyokong pelbagai platform. Perkhidmatan baru ini juga akan menawarkan sokongan penyulitan fail untuk sekuriti tambahan, selain membolehkan pengguna sync fail mereka pada pelbagai peranti dengan mudah.

Nama untuk perkhidmatan baru ini masih tidak diketahui lagi. Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN