Peranti dibawah keluarga Galaxy J daripada Samsung adalah keluarga peranti yang menyasarkan kepada pasaran negara membangun dengan spesifikasi rendah-pertengahan dan harga jualan yang mampu-milik. Mereka telah memperkenalkan sejumlah peranti dibawah keluarga berkenaan, ddan kini dilihat akan hadir dengan satu lagi peranti baru dinamakan Galaxy J Max.
Samsung Galaxy J Max bakal membawakan skrin bersaiz besar – dimana ia diura-ura akan menawarkan skrin bersaiz 7-inci. Pada saiznya, ia boleh dikatakan sebagai sebuah tablet. Namun, Samsung mungkin akan kekal memanggilnya sebagai sebuah telefon pintar kerana sokongan telefoni yang dibawakan olehnya.
Spesifikasi penuh untuk Galaxy J Max ini masih tidak diketahui lagi dan mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya tidak lama lagi.
Self-explanatory. pic.twitter.com/BeLHQnifb0
— Evan Blass (@evleaks) July 6, 2016