Cari @ Amanz

Samsung hari ini telah secara rasminya memperkenalkan satu lagi telefon pintar baru dibawah keluarga Galaxy J 2016, iaitu Samsung Galaxy J2. Berbeza dengan beberapa model sebelum ini, Galaxy J2 hadir dengan sebuah fungsi khusus yang menarik, dinamakan sebagai Smart Glow.

Samsung Galaxy J2 2016

Dari segi spesifikasi, Galaxy J2 2016 masih mengekalkan spesifikasi rendah-pertengahan. Ia dilengkapi skrin bersaiz 5-inci dengan paparan HD, dijana menggunakan cip pemprosesan Spreadtrum SC8830 1.5Ghz, memori 1.5GB RAM dan ruangan storan terbina 8GB yang boleh diperluaskan menggunakan mikro-SD.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang 8-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel. Walaupun berspesifikasi rendah, ia turut dilengkapi dengan sokongan rangkaian LTE. Seperti keluarga peranti Galaxy J 2016 yang lain, Samsung Galaxy J2 2016 ini turut dilengkapi dengan sokongan Ultra Data Saving yang menawarkan penggunaan data untuk melayari lebih banyak web berbanding peranti lain.

Satu lagi ciri utama yang hadir adalah Smart Glow, yang mana merupakan sebuah lampu LED pada bahagian kamera belakang – dan pengguna boleh mengawal paparan warna lampu untuk sesuatu aplikasi atau notifikasi.

Telefon pintar ini telah diumumkan untuk pasaran India buat masa ini, dan ia berharga Rs. 9,750 (sekitar RM582). Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah peranti ini akan memasuki pasaran tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd