Saintis Menemui Planet Bersaiz Besar Yang Mempunyai Tiga Matahari Disekelilingnya

Saintis Menemui Planet Bersaiz Besar Yang Mempunyai Tiga Matahari Disekelilingnya

Diterbitkan pada July 8, 2016 oleh .

Dalam bidang saing angkasa, pelbagai planet baru boleh dikatakan ditemui, tetapi masih sukar untuk dicapai oleh manusia memandangkan jaraknya yang sangat jauh. Paling terkini, sebuah planet baru telah dikenali dengan nama HD 131399Ab telah ditemui yang terletak sejauh 340 tahun cahaya dari Bumi.

Planet HD 131399Ab ini dikatakan empat kali lebih besar daripada planet Musytari, dan obrbitnya adalah dua kali ganda jikalau dibandingkan dengan Pluto. Selain daripada saiznya yang besar, salah satu perkara yang menjadikan planet ini adalah ia terletak dalam sebuah sistem yang terdiri daripada tiga bintang – atau matahari.

Planet HD 131399Ab ini mengelilingi sebuah bintang, tetapi pada masa yang sama dalam sistem berkenaan terdapat dua lagi matahari yang mengorbit sama di dalam sistem sama.

Ini menjadikan pada sesuatu masa, planet HD 131399Ab dikelilingi oleh tiga bintang pada sesuatu masa ketika dalam orbit – membuatkan ia mungkin mengalami tiga terbit matahari, ataupun mengalami masa siang sepanjang hari pada sesuatu musim. Memandangkan saiz orbitnya yang sangat besar, maka ada kalanya perkara ini mengambil masa beratus tahun.

Penemuan ini masih lagi pada peringkat awal, dan saintis akan terus memantaunya untuk melihat sama ada orbitnya adalah stabil, dan pada masa yang sama mengumpulkan pelbagai maklumat tambahan berkaitan dengannya.


TIPS & ULASAN