Resident Evil 4 Untuk PlayStation 4 Dan Xbox One Hadir 30 Ogos Hadapan

Resident Evil 4 Untuk PlayStation 4 Dan Xbox One Hadir 30 Ogos Hadapan

Diterbitkan pada July 9, 2016 oleh .

Resident Evil 5 edisi PlayStation 4 dan Xbox One hadir minggu lalu. Kami menghabiskan cuti hari lebaran membunuh zombie di benua Afrika. Kerana ketiadaan PC yang berkuasa serta tiada wang memiliki konsol dahulu, permainan ini hanya pertama kali kami mainkan minggu lalu. Kepada yang menantikan Resident Evil 4 edisi remastered pula, tarikh penjualannya kini diketahui.

Resident-Evil-4-HD-1Ia akan menemui peminat pada 30 Ogos hadapan dan boleh dimainkan pada konsol PlayStation 4 dan Xbox One. Kesemua misi tambahan seperti Seperate Ways, Ada’s Report, Assignment Ada dan Mercenaries akan disertakan di dalam versi ini. Kesemua mod tambahan ini tidak disertakan pada versi Gamecube asal. Selepas bertarung dengan zombie pada hari raya ini nampaknya kami akan bertarung dengan Las Plagas pula pada cuti hari kemerdekaan kelak.


TIPS & ULASAN