Facebook Messenger Menguji Fungsi Menghantar Mesej Yang Disulitkan – Hilang Selepas Suatu Tempoh Masa

Facebook Messenger Menguji Fungsi Menghantar Mesej Yang Disulitkan – Hilang Selepas Suatu Tempoh Masa

Diterbitkan pada July 8, 2016 oleh .

Facebook melalui Messenger telah menyertakan beberapa fungsi baru sejak akhir-akhir ini, dan terkini mereka menyertakan fungsi sokongan penyulitan penuh untuk perkhidmatan permesejan mereka antara penerima dan penghantar.

Fungsi penyulitan penuh ini tidak diaktifkan secara automatik, tetapi perlu diaktifkan melalui fungsi yang dinamakan sebagai Secret Conversation.

Facebook Messenger Chat

Secret Conversation ini hanya boleh diuji oleh sesetengah pengguna terpilih sahaja buat masa ini, dan ia boleh digunakan pada satu peranti sahaja pada sesuatu masa. Melaluinya, pengguna boleh menghantar teks sahaja – dan turut boleh menetapkan tempoh masa untuk mesej berkenaan sebelum dipadamkan atau hilang daripada paparan penerima.

Fungsi ini mungkin akan diminati ramai yang sering menghantar pelbagai maklumat peribadi melalui Facebook Messenger – apatah lagi dengan ramai yang menggunakannya untuk berkomunikasi pada hari ini.

Facebook masih melabelkannya sebagai ujian buat masa ini, dan tidak diketahui lagi bilakah ia akan dilancarkan secara rasminya kepada semua pengguna.


TIPS & ULASAN