ESPN Mungkin Kelak Menawarkan Pakej Penstriman Langsung Melalui Web

ESPN Mungkin Kelak Menawarkan Pakej Penstriman Langsung Melalui Web

Diterbitkan pada July 9, 2016 oleh .

Bercakap mengenai saluran dan kandungan memfokuskan sukan, salah satu jenama yang tidak asing adalah ESPN. Sehingga kini, mereka menawarkan saluran mereka melalui pakej televisyen – dan kini nampaknya ESPN ingin turut mengambil kelebihan arena penstriman video, dan menawarkan kandungan mereka terus kepada pengguna melalui web.

ESPN dikatakan sedang membangunkan pakej khusus untuk pengguna yang boleh mendapatkannya melalui web tanpa perlu melalui langganan pakej atau saluran televisyen. Ini akan membolehkan pengguna menikmati sejumlah akses kepada kandungan memfokuskan sukan dengan mudah.

Walaubagaimanapun, pakej berkenaan tidak akan menyertakan kandungan untuk pakej-pakej popular seperti bola sepak, NBA dan beberapa yang lain.

Ia tidak diketahui lagi bilakah ESPN akan menawarkan pakej penstriman mereka dan ia mungkin mengambil waktu yang lama sebelum diperkenalkan kepada umum.


TIPS & ULASAN