Polis London Bakal Menggunakan Dron Untuk Menentang Jenayah Ragut

Polis London Bakal Menggunakan Dron Untuk Menentang Jenayah Ragut

Diterbitkan pada July 9, 2016 oleh .

Di Amerika robot digunakan untuk membunuh suspek di Dallas. Di London dron mungkin akan digunakan untuk menentang jenayah ragut yang semakin berleluasa. Penjenayah di London kita turut menyedari mereka lebih mudah melarikan diri dari polis sekiranya menggunakan motor. Kesesakan lalu lintas dan lorong kecil di sekitar London menyukarkan pihak polis untuk mengejar suspek. Dron mungkin digunakan sebagai mata polis di angkasa dan mengejar penjenayah tanpa disedari mereka.

Ragut

Antara perancangan pihak Polis Metropolitan London ialah meletakkan dron di kawasan berjenayah ragut tinggi. Pemantauan dilakukan sepanjang masa dan apabila jenayah dikesan suspek diekori tanpa perlu risau mereka dapat melarikan diri. Masalah yang dihadapi sekarang ialah dron sedia ada tidak mampu terbang dengan lama sebelum kehabisan bateri. Masalah kedua ialah undang-undang sedia ada menyukarkan penggunaan dron di kawasan awam.

Di Malaysia pihak PDRM sudahpun mengesahkan mereka akan menggunakan dron untuk pemantauan kawasan berjenayah tinggi dan ketika demonstrasi jalanan. Kita boleh berbangga polis kita lebih maju dalam penggunaan teknologi dron untuk memastikan Malaysia terus aman dan makmur.


TIPS & ULASAN