Cari @ Amanz

Terdapat beberapa bagasi pintar di pasaran sekarang seperti Nua Robotics yang boleh mengekori pengguna tanpa perlu ditarik. Olive ialah sebuah lagi bagasi pintar yang menarik dan turut mempunyai sebuah papan apung (hoverboard) terbina. Bagasi yang dibangunkan oleh Ikap Robotics yang berpangkalan di Tehran ini mempunyai dua roda yang mengimbang secara automatik.

Olive-Robot-Bagasi-1Dengan menggunakan sistem kamera 3D, ia boleh mengekori pemiliknya secara automatik. Sekiranya pemilik malas berjalan, ia boleh berubah menjadi sebuah papan apung dan ditunggang ke destinasi. Terdapat juga sistem mengunci beg yang dibuka menggunakan aplikasi, mesin timbang dan power bank terbina. Ia turut mampu mengingatkan pengguna dengan bertutur. Peringatan seperti waktu pesawat akan terbang serta pintu pada lapangan terbang manakah perlu mereka pergi boleh dituturkan oleh Olive.

Olive masih mengumpul dana dan mencari pelabur bagi menjadikannya produk yang dijual kepada orang ramai. Tiada harga sasaran ditetapkan buat masa ini.

Olive-Robot-Bagasi-2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd