Cari @ Amanz

OnePlus merupakan salah satu jenama yang digemari peminat gajet kerana ia menawarkan spesifikasi dan binaan yang baik pada harga rendah – disamping hadir bersama sistem operasi Android yang tidak menyertakan penambahan antaramuka drastik seumpama pengeluar lain. Paling terbaru, mereka telah memperkenalkan OnePlus 3, dan daripada perkongsian terkini, ia dijangka hadir ke pasaran Malaysia sekitar bulan Ogos 2016 kelak.

OnePlus 3

OnePlus 3 hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan HD penuh, dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 820 dan memori sehingga 6GB RAM. Peranti ini hadir dengan kamera belakang 16-megapixel yang menyokong penstabilan imej optikal serta PDAF, dan kamera hadapan 8-megapixel.

Peranti ini dilengkapi OxygenOS berasaskan sistem operasi Android terkini, selain turut menyertakan USB Type-C.

Harga jualan peranti ini masih tidak diketahui lagi. Pihak Brightstar dijangka menawarkannya untuk pasaran Malaysia kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd