Microsoft Dijangka Memperkenalkan Versi Baru Aplikasi Skype Untuk Linux

Microsoft Dijangka Memperkenalkan Versi Baru Aplikasi Skype Untuk Linux

Diterbitkan pada July 10, 2016 oleh .

Microsoft sedia menawarkan perisian panggilan video Skype mereka untuk para pengguna Linux. Namun, apa yang mendukacitakan adalah ia tidak dikemaskini sekitar lebih dua tahun, dan versi akhir yang ditawarkan adalah Skype 4.3 untuk Linux.

Skype Linux

Perkara ini dijangka akan berubah pada minggu hadapan. Pihak Skype melalui laman blog mereka memperlihatkan sebuah teaser untuk pengguna Linux, dan dijangka akan berkongsi lanjut mengenai perkembangan terbaru untuk platform berkenaan pada 13 Julai ini.

Apa yang bakal diumumkan masih menjadi tanda tanya. Namun, ramai yang menyasarkan versi baru Skype untuk diumumkan bagi para pengguna Linux. Pada masa yang sama, terdapat juga desas-desus mengatakan kemungkinan pihak Microsoft akan menamatkan versi Linux dan memfokuskan kepada pengguna Linux menggunakan versi web.


TIPS & ULASAN