Cari @ Amanz

Antutu merupakan salah satu penanda aras yang digunakan ramai dalam menentukan prestasi sesuatu telefon pintar. Terkini, mereka telah mengeluarkan laporan untuk pertengahan tahun pertama 2016 – memperlihatkan apakah telefon pintar yang popular dikalangan pengguna yang diuji menggunakan penanda aras Antutu.

Untuk makluman, data ini dikumpulkan berdasarkan kepada data daripada ujian penanda aras AnTuTu Benchmark, dan bukannya berdasarkan kepada jualan peranti berkenaan sendiri.

Melalui apa yang diperlihatkan, telefon pintar jenama Samsung merupakan antara yang popular dikalangan ramai pengguna – mungkin disebabkan ia mudah didapati, dan jenama Samsung yang terkenal di seluruh dunia. Selain Samsung, pelbagai jenama dari China turut popular – terutamanya Xiaomi.

Antutu 1H 2016

Pada peringkat global, Samsung Galaxy Note 5 adalah yang popular di AnTuTu Benchmark, dan diikuti dengan Galaxy S6, Galaxy S6 Edge dan Galaxy S7. Xiaomi menduduki tangga kelima dengan Xiaomi Redmi Note 3.

Antutu 1H 2016

Pada peringkat Malaysia pula, Xiaomi Redmi Note 3 adalah yang paling popular, diikuti dengan Redmi Note 2, Samsung Galaxy Note 5, Asus ZenFone 2, dan Samsung Galaxy Note 3.

Secara kasar, daripada data Antutu, pengguna di Malaysia dilihat meminati telefon pintar berskrin besar – dan pada masa yang sama turut memfokuskan kepada harga jualan peranti berkenaan.

Apa pun, seperti yang dinyatakan pada awalnya, data populariti ini daripada data penanda aras Antutu dan bukannya daripada data jualan peranti berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd