Memasang APK Pokemon Go Tidak Rasmi Boleh Menyebabkan Peranti Anda Digodam

Memasang APK Pokemon Go Tidak Rasmi Boleh Menyebabkan Peranti Anda Digodam

Diterbitkan pada July 10, 2016 oleh .

Pokemon GO ialah permainan peranti pintar paling hangat di dunia sekarang. Dalam masa sehari sahaja ia sudah menjadi peranti nombor satu di Google Play dan Apple App Store. Ia hanya dilancarkan pada beberapa negara sahaja buat masa ini bagi meguji kemampuan server menampung jumlah pemain yang ramai. Oleh sebab itu memasang Pokemon GO menerusi APK yang dimuat turun dari pihak ketiga adalah cara yang dilakukan beberapa pengguna yang tidak lagi mampu menahan sabar.

Pokemon-Go-Logo

Kami menyarankan anda supaya tidak memuat turun APK secara haram dan memasangnya pada peranti anda. Ini adalah kerana sudah ada APK yang diubahsuai oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk memudahkan mereka menggodam peranti anda. Menurut laporan syarikat sekuriti Proofpoint, APK yang diubahsuai ini mengandungi malware DroidJack.

Ia kemudian boleh mengambil alih sistem telefoni dan khidmat pesanan ringkas anda. Panggilan telefon serta penghantaran SMS berbayar akan dilakukan peranti tanpa kebenaran bagi menyebabkan bila anda meningkat. Droidjack turut boleh membaca senarai laman yang telah anda lawati dan mengubah kandungan buku alamat peribadi anda.

Pokemon Go

Sekali lagi kami mengingatkan pembaca supaya berhati-hati apabila memuat turun APK dari bukan laman rasmi. Nantikan sahaja pelancaran rasmi permainan ini di masa hadapan kerana anda tidak mahu menjadi mangsa Pokemon GOdam.


TIPS & ULASAN