Kipas Kemeja Menyelesaikan Masalah Ketiak Basah

Kipas Kemeja Menyelesaikan Masalah Ketiak Basah

Diterbitkan pada July 11, 2016 oleh .

Ketiak basah di pejabat kerana sistem pendingin hawa yang gagal berfungsi dengan baik. Malu dengan tompokan basah ketiak dalam perjalanan ke tempat kerja? Sekiranya anda tidak mahu menggunakan deodoran anti peluh anda mungkin boleh membeli kipas anti peluh yang direka di Jepun ini. Kipas Waki no Shita Kura ini mempunyai tiga tetapan kelajuan untuk memastikan anda tidak lagi malu kerana berpeluh.

Kipas-ketiak-Jepun-1

Kipas sebesar 65 x 60 x 15 milimeter ini  Ia hanya memerlukan dua bateri AAA untuk berfungsi. Ia turut boleh disambung kepada sebuah power bank dengan wayar MikroUSB. Anda boleh memilikinya pada harga Yen 1980 (~RM 78) sebuah. Kami sedikit terkilan produk ini tidak kami temui sebelum Hari Raya. Suasa panas di kampung kami di Kedah menyebabkan kami berpeluh-peluh ketiak ketika beraya. Mungkin ini akan kami beli sekarang untuk kegunaan Hari Raya Aidiladha kelak.

Kipas-Ketika-Jepun-2


TIPS & ULASAN