Fallout Shelter Versi PC Akan Dilancarkan Minggu Hadapan

Fallout Shelter Versi PC Akan Dilancarkan Minggu Hadapan

Diterbitkan pada July 10, 2016 oleh .

Fallout Shelter ialah aplikasi yang terpasang pada peranti kami sejak tahun lalu. Ia kami mainkan setiap hari sementara menanti tarikh jualan Fallout 4. Beratus jam dihabiskan oleh kami untuk membina kubu bawah tanah yang paling sempurna dan menggembirakan penduduknya. Kami tidak malu mengakui lebih banyak menghabiskan masa di dalam Fallout Shelter dari Fallout 4. Sehingga kini kami masih tersekat di misi ke-5 edisi PlayStation 4 kerana tiada masa untuk memainkannya.

Fallout Shelter PC 1Kepada pengguna PC ada berita baik bagi anda. Bathesda mengumumkan melalui akaun Twitter rasmi mereka Fallout Shelter versi PC akan boleh dimuat turun minggu hadapan. Ia akan dilancarkan pada 14 Julai hadapan. Kepada pengguna peranti pintar, pada hari yang sama kemas kini ke versi 1.6 akan turut diberikan. Menerusi kemas kini ini sistem watak, musuh, kawasan dan sistem peperangan baru akan diperkenalkan. Sebagai contoh penduduk Vault kini boleh dihantar keluar untuk melakukan misi tertentu dan bukan sekadar mengumpul barangan seperti versi sekarang. Selamat menentang Mole Rat, Deathclaw dan Raiders kepada pengguna PC.


TIPS & ULASAN