Gambar Dikatakan Xiaomi Mi5S Tertiris Dengan Kamera Belakang Berkembar

Gambar Dikatakan Xiaomi Mi5S Tertiris Dengan Kamera Belakang Berkembar

Diterbitkan pada July 11, 2016 oleh .

Mari mulakan hari bekerja pertama sejak cuti lebaran dengan sedikit gossip teknologi. Hari ini gambar peranti yang didakwa sebuah Xiaomi Mi5S tertiris ke arena web. Apa yang dirasakan menarik ialah ia menunjukkan peranti ini mempunyai sistem kamera berkembar seakan Huawei P9. Mi5S ialah model pengganti Mi5 yang akan memasuki pasaran Malaysia bulan ini.

Xiaomi-Mi5S-leaked-render-1 Beberapa spekulasi mengenai spesifikasi peranti ini turut didengari. Antaranya ialah skrin 5.5″ HD Penuh, pemproses Snapdragon 820, RAM sebesar 6 Gigabyte dan skrin dengan teknologi seakan Force Touch iPhone. Kami sudah menggunakan beberapa peranti dengan sistem kamera berkembar dan masih belum benar-benar merasakan ia sesuatu yang perlu. Tetapi dengan ura-ura iPhone 7 Pro akan menggunakan sistem kamera berkembar, pengeluar Android tidak mempunyai pilihan terpaksa mengikut trend semasa. Anda pula bagaimana? Adakah kamera berkembar akan menjadi fungsi yang anda perlukan?


TIPS & ULASAN