McDelivery Kini Menggunakan Tempahan Atas-Talian Sepenuhnya – Tiada Lagi Melalui Panggilan Telefon

McDelivery Kini Menggunakan Tempahan Atas-Talian Sepenuhnya – Tiada Lagi Melalui Panggilan Telefon

Diterbitkan pada July 11, 2016 oleh .

McDonald’s merupakan salah satu jenama makanan segera yang terbesar di dunia. Di Malaysia, restoran McDonald’s boleh dilihat dipelbagai lokasi utama seluruh negara – disamping pengguna juga turut disediakan dengan pilihan membuat pembelian dan penghantaran terus ke rumah melalui McDelivery.

McDelivery

McDelivery sebelum ini ditawarkan dalam pilihan sama ada pengguna boleh membuat panggilan telefon untuk tempahan makanan, ataupun melalui web. Namun, bermula daripada 1 Julai 2016 ini, McDelivery telah mengubah operasi mereka, dan memfokuskan kepada perkhidmatan berasaskan web sepenuhnya. Ini bermakna tiada lagi tempahan melalui panggilan telefon akan diterima, dan pengguna perlu membuat tempahan sama ada melalui web atau aplikasi mudah-alih mereka.

Pengenalan ini sekaligus akan mengurangkan kos operasi pihak McDonald’s, disamping ingin memudahkan lagi pengguna melihat apakah menu yang ingin ditempah oleh mereka.

McDonald’s sebelum ini telah memperkenalkan sokongan pesanan melalui web pada 2012 yang lepas, selain turut melancarkan aplikasi Android dan iOS mereka pada tahun 2015.

Bagi anda yang sering membuat tempahan melalui McDelivery, mungkin sudah tiba masanya anda untuk memuat-turun aplikasi mudah-alih mereka, ataupun mendaftarkan akaun pada laman web mereka bagi membuat tempahan selepas-selepas ini.


TIPS & ULASAN