Mai Shiranui King Of Fighters Hadir Di Dalam Dead Or Alive 5 : Last Round
Artikel Berkaitan

Mai Shiranui King Of Fighters Hadir Di Dalam Dead Or Alive 5 : Last Round

Diterbitkan pada July 11, 2016 oleh .

Dead or Alive ialah siri permainan yang terkenal dengan aksi pantas dan watak wanita yang seksi. Sejak muncul di arked pada tahun 1996, permainan ini semakin mendapat tempat di hati peminat permainan genre beat em up. Ia turut mempunyai siri sampingan dalam bentuk sukan bola tampar pantai pada tahun 2003. King of Fighters pula ialah siri “sekolah lama” SNK yang sudah wujud sejak 1994. Di dalam dunia permainan beat em up, KOF ialah pesaing paling hampir kepada Street Fighter.

Mai-Shiranui-DOADua siri milik Koei Tecmo dan SNK ini kini bergabung di dalam Dead or Alive 5 : Last Round. Watak popular Mai Shiranui diumumkan bakal hadir sebagai watak tambahan permainan PlayStation 4 yang bakal hadir September ini. Buat masa ini hanya Mai akan dapat dimainkan. Diharap akan terdapat pilihan memuat turun watak klasik KOF lain seperti Terry Bogard, Iori Yagami dan Kyo Kusanagi.


TIPS & ULASAN