Cari @ Amanz

Terdapat pelbagai aplikasi pada platform mudah-alih yang membolehkan anda menambah kesan khas pada gambar dan menjadikan sesuatu gambar tersebut lebih menarik. Kini dengan konsep sama, tetapi lebih memfokuskan kepada kesan penuras seni moden, salah satu aplikasi yang menarik adalah Prisma.

Prisma hadir dengan pilihan lebih 30 jenis penuras berbeza dan rekaan antaramuka yang ringkas untuk pengguna mengubah gambar yang dirakamkan mereka kepada sebuah seni moden.

Prisma iPhone

Aplikasi ini menggunakan teknologi kecerdasan pintar dalam menjadikan sesuatu gambar tersebut kepada hasil seni moden yang cantik. Pengguna boleh mengawal kekuatan sesuatu penuras tersebut pada gambar, sekaligus memberikan lebih kawalan dalam menjadikan gambar berkenaan lebih cantik.

Aplikasi ini ditawarkan secara percuma kepada pengguna iPhone. Ia hadir dengan watermark pada gambar, tetapi boleh dinyah-aktifkan oleh pengguna melalui halaman tetapan.

Pembangunnya dijangka memperkenalkan aplikasi versi Android tidak lama lagi.

Prisma iPhone

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd