Cari @ Amanz

Qualcomm hari ini telah memperkenalkan cip pemprosesan berkuasa paling terbaru daripada mereka dan juga kemaskini kepada Snapdragon 820, iaitu cip Snapdragon 821.

Qualcomm mengatakan ia bukanlah menggantikan Snapdragon 820 sepenuhnya, tetapi lebih kepada memberikan kuasa pemprosesan yang lebih tinggi berbanding dengannya. Snapdragon 821 menawarkan kepantasan operasi lebih 10% berbanding dengan Snapdragon 820 sebelum ini.

Snapdragon

Snapdragon 821 hadir dengan kuasa pemprosesan 2.4GHz dan menggunakan rekaan 14-nanometer. Ia turut dilengkapi dengan sokongan panggilan suara berkualiti tinggi, sokongan modem 600Mbpx X12 LTE, dan juga prestasi yang lebih pantas berbanding Snapdragon 820.

Selain daripada telefon pintar dan juga tablet, cip pemprosean ini juga bakal menguasakan set realiti-maya, dan beberapa jenis peranti lain.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah peranti baru yang akan menggunakannya. Mungkinkah kita akan melihatnya digunakan pada Samsung Galaxy Note 7 atau HTC Nexus 2016 kelak?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd