ParkEasy Kini Memudahkan Anda Membuat Tempahan Parkir Di MidValley

ParkEasy Kini Memudahkan Anda Membuat Tempahan Parkir Di MidValley

Diterbitkan pada July 12, 2016 oleh .

Mencari tempat letak kenderaan di dalam beberapa pusat membeli-belah boleh dikatakan salah satu proses yang sukar – apatah lagi ketika waktu puncak. Untuk memudahkan proses berkenaan, salah satu perkhidmatan yang membantu para pengguna adalah aplikasi ParkEasy.

ParkEasyBerbeza dengan sebelum ini, aplikasi ParkEasy baru hadir dengan sokongan P2P bagi memudahkan pengguna berkongsi kotak parkir dengan pengguna lain. Ini bermakna, pengguna akan berhubung dengan pengguna lain yang telah sedia meletakkan kenderaan di MidValley dan sedang dalam perancangan untuk keluar dari sana. Anda boleh bertukar ganti tempat letak kenderaan melalui aplikasi ini, dan tidak lagi perlu mencari kotak parkir dengan sukar dan perlu berpusing-pusing mencari kotak parkir.

ParkEasy mengatakan tiada sebarang caj tambahan untuk sistem P2P baru ini, dan ia beroperasi berbeza dengan sebelum ini.

Sebelum ini, ParkEasy hanya ditawarkan di Sunway Pyramid sahaja. Terkini, mereka turut telah mula menawarkan tempahan parkir di satu lagi pusat membeli-belah popular di Lembah Klang, iaitu MidValle.

Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi ParkEasy pada peranti Android atau iOS, dan menggunakannya dalam membuat tempahan tempat letak kenderaan anda.

Muat-Turun ParkEasy untuk iPhone

Muat-Turun ParkEasy untuk Android


Kemaskini : Dikemaskini dengan info berkaitan sistem P2P baru ParkEasy yang berbeza dengan sebelumnya.


TIPS & ULASAN