Honor 8 Diperkenalkan Dengan Dwi-Kamera Belakang, Cip Kirin 950 – Harga Bermula Sekitar RM1200

Honor 8 Diperkenalkan Dengan Dwi-Kamera Belakang, Cip Kirin 950 – Harga Bermula Sekitar RM1200

Diterbitkan pada July 12, 2016 oleh .

Kebanyakkan peranti Honor membawakan rekaan dan penawaran lebih kurang sama seperti peranti-peranti Huawei. Terkini, Honor telah memperkenalkan peranti terbaru mereka untuk tahun 2016, iaitu Honor 8 yang menawarkan fungsi lebih kurang menyerupai Huawei P9.

Honor 8

Honor 8 hadir dengan rekaan yang mengekalkan elemen peranti Honor lain. Ia menawarkan skrin bersaiz 5.2-inci dengan paparan HD penuh, serta dilengkapi dengan cip pemprosesan Kirin 950. Melengkapkan peranti ini adalah memori dan ruangan storan dalam pilihan 3GB RAM/32GB storan ataupun 4GB RAM/64GB storan.

Menjadi fokus pada peranti ini adalah penggunaan dwi-kamera 12-megapixel pada bahagian belakang. Honor tidak menyertakan penjenamaan Leica seumpama Huawei P9. Pada bahagian hadapan ia menyertakan kamera 8-megapixel.

Honor 8

Melengkapkan peranti ini adalah sistem operasi Android 6.0 Marshmallow yang turut hadir dengan antaramuka EMUI. Pada bahagian belakang telefon Honor 8 turut disertakan sebuah pengimbas cap jari untuk sekuriti dan kawalan tambahan seperti menatal gambar dan notifikasi.

Menjana peranti ini adalah bateri berkapasiti 3000mAh dan boleh dicas menggunakan USB Type-C. Pengguna turut boleh memperluaskan storan pada peranti ini dengan menggunakan mikro-SD.

Honor 8 dijual di China pada harga bermula 1999 Yuan (~RM1192) untuk model paling asas, dan akan mula dijual bermula minggu hadapan – 19 Julai 2016. Ia masih tidak diketahui lagi bilakah Honor Malaysia akan menawarkannya untuk pasaran tempatan.


TIPS & ULASAN