Twitter Kini Menyokong Perkongsian Gambar GIF Bersaiz Sehingga 15MB

Twitter Kini Menyokong Perkongsian Gambar GIF Bersaiz Sehingga 15MB

Diterbitkan pada July 12, 2016 oleh .

Twitter sebelum ini telah menyertakan sokongan gambar GIF pada platform mereka, membolehkan pengguna untuk memuat-naik gambar beranimasi sehingga 5MB ke Twitter sama ada melalui web mahupun peranti mudah-alih. Hari ini, Twitter meningkatkan saiz GIF yang disokong sehingga kepada 15MB.

Peningkatan ini hanya diaktifkan pada versi web sahaja buat masa ini, dan mungkin akan diperkenalkan pada semua platform lain tidak lama lagi.

Twitter

Twitter telah menambah sokongan GIF melalui perkhidmatan mereka sejak tahun 2014 yang lepas, dan memerlukan pengguna menekan butang “Play” sebelum sesuatu animasi tersebut dimainkan. Baru-baru ini, pada tahun ini Twitter turut telah menambah integrasi daripada Giphy dan lain ke dalam perkhidmatan mereka.

Dengan sokongan gambar GIF bersaiz lebih besar, ini sekaligus akan membolehkan para pengguna untuk memuat-naik animasi GIF yang lebih panjang pada resolusi lebih tinggi. Namun, pada masa yang sama, ia juga akan secara tidak langsung akan memberikan kesan kepada jumlah data yang digunakan pengguna – terutamanya pada peranti mudah-alih.


TIPS & ULASAN