Batman Return To Arkham Mungkin Akan Hadir November

Batman Return To Arkham Mungkin Akan Hadir November

Diterbitkan pada July 12, 2016 oleh .

Koleksi remastered Batman Arkham Asylum dan Arkham City, Return To Arkham sepatutnya mula dijual hujung bulan ini. Namun selepas melihat perkembangan yang kurang memuaskan dilakukan oleh Virtuous Studios, pihak Warner Brothers Studios nekad menangguhkan pelancarannya ke tarikh yang belum diketahui. Ini bagi mengelakkan ia menerima tempelak yang sama seperti pelancaran Arkham Knight edisi PC tahun lalu.

Batman-Return-To-Arkham-Logo-1Tarikh pelancaran permainan ini kini dipercayai berubah ke bulan November. Ini bagi memberikan lebih banyak masa kepada Virtuous Studios untuk menyiapkan permainan dengan sempurna. Pada waktu yang sama menurut laporan Eurogamer, sekiranya tarikh ini gagal ditepati pihak WB tidak teragak-agak menangguhkan pelancaran Return To Arkham ke awal 2017. Penangguhan ini pastinya mendatangkan kemarahan kepada mereka yang telah melakukan pra tempahan. Namum lebih baik menerima permainan yang siap sepenuhnya dari yang dipenuhi pepijat.


TIPS & ULASAN