Blackberry Tidak Menolak Kemungkinan Menghasilkan Peranti BB10 Baru Di Masa Hadapan

Blackberry Tidak Menolak Kemungkinan Menghasilkan Peranti BB10 Baru Di Masa Hadapan

Diterbitkan pada July 12, 2016 oleh .

Blackberry yang pernah menjadi peranti pilihan ahli perniagaan elit, ahli politik dan selebriti terkemuka kini tidak lagi seperti dahulu. Jualannya merudum kerana gagal bersaing dengan peranti pintar skrin sesentuh yang lebih pantas dan berkuasa. Pelbagai perkara dilakukan Blackberry untuk mengembalikan zaman kegemilangan termasuk melancarkan sistem operasi baru BB10. Namun seperti yang kita ketahui kini ia gagal meningkatkan jualan sehingga mereka beralih kepada Android.

BlackBerry Passport

Sungguhpun begitu kepada peminat BB10, Blackberry masih mempunyai perancangan menghasilkan peranti baru dengan sistem operasi ini. Ini disahkan sendiri oleh COO Blackberry Marty Beard di dalam temuramah dengan Bloomberg. Beliau dipetik mengatakan Blackberry tidak pernah mengatakan mereka berhenti menghasilkan peranti BB10. Persoalannya ialah adakah masih wujud jumlah pengguna BB10 yang membuatkan penghasilan peranti ini berbaloi. Adakah di kalangan pembaca Amanz yang masih setia dengan BB10 dan mahukan peranti terbaru dengan sistem operasi ini? Nyatakan pendapat anda.


TIPS & ULASAN